Dapatkan Tips Harian Kedai RM2 Dengan Menjadi Fan Page Kami. KLIK LIKE !

Dapatkan Tips Kedai RM2 Dengan Menjadi Subscriber Kami
 
Name:
 
Email:
ListWire - Free Autoresponders
click here for your free autoresponder




28/10/12


Soalan : Bila kah waktu terbaik untuk saya buka Kedai RM2?

Jawapan : Soalan yang sangat bagus. Ramai yang buka melulu sahaja kedai RM2 tanpa perancangan yang betul. 3 bulan pertama kedai anda beroperasi tersangat lah penting kerana 3 bulan yang pertama ini lah menentukan survival kedai anda. Sama ada boleh di teruskan atau tidak. Jika anda buka kedai di waktu yang salah sudah tentu lah sales anda tidak memberansangkan. Jadi perancangan di waktu yang tepat sangat penting.

Jualan di kedai RM2 bukan sahaja bergantung pada..



Daftar SINI untuk info seterusnya..







24/10/2012 



Soalan dari web rasmi kami www.qparadigm.com.my :

Name: dayang
Phone: 012958XXXX
Email: dayangXXXXX@gmail.com
Comment: Salam, saya minat nak beli barang-barang ni tapi tak mampu nak buka kedai,cuma nak berniaga di pasar malam atau pasar hari (pagi2 tu)..saya suka mainan knk2, accesori wanita ngan brg2 rumah.

Jawapan saya :

Niaga barang serbaneka tak semesti nya ada kedai. Ramai yg beranggapan begitu, jadi bila tak de modal terus takut untuk niaga. Anda boleh mula berniaga di pasar malam, uptown ataupun pasar pagi. Ramai pelanggan saya yg niaga sebegini dan meraih keuntungan yg lumayan. Sbb itu kebelakangan ini anda lihat saya byk masuk ke ekspo, uptown sbb saya nak rasa sendiri pengalaman niaga sebegini untuk saya beri tunjuk ajar kepada anda.

Kami ada pakej untuk niaga di pasar malam iaitu pakej RM750 sahaja. Kos satu barang dalam RM1.50 dan anda boleh memilih salah satu dari 6 kategori barang yang ada. Biasa nya yang paling senang jual adalah mainan dan acessories wanita. Anda boleh meraih keuntungan dalam 60% - 100%. Anda boleh jual dengan harga satu barang RM3, dua barang RM5. 

Secara purata sales untuk satu malam dalam RM500 - RM700 (4ptg-10mlm). Sewa tapak pasar malam / uptown antara RM10 - RM50 semalam. Anda juga boleh campurkan mainan mahal untuk meraih keuntungan yang lebih lumayan..Saya sendiri pernah dapat RM1000 semalam hanya dengan jual mainan sebegini di ekspo..






25/10/2012



SMS yg baru saya terima tadi. Ini antara soalan favourite yang kerap saya terima tapi tak sempat nak menjawab nya kerana kekangan masa. Jadi hari ni saya kongsikan kepada anda 10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Kedai RM2 :


1st – Anda kena dapatkan dulu kedai / lokasi di mana anda ingin buka kedai RM2 tersebut. Dapatkan semua maklumat ttg kedai ini seperti sewa, deposit, keluasan kedai dsb. Sila rujuk dalam posting sebelum nya ttg teknik untuk memilih lokasi yang terbaik.

2nd – Daftar sykt anda ...

.




Daftar SINI untuk info seterusnya.





12/9/2012


Cerita Hari Ini : 

Hampir 2 Jam berbual dengan sorang tokey kedai serbaneka di Melaka petang tadi...Dah berniaga barangan dari China lebih 10tahun...Antara bukti nyata (report penyata bank) yang beliau tunjukkan kepada saya ialan 'turnover' sale tahun lepas kedai beliau adalah hampir RM900,000 bersamaan hampir RM75k sebulan atau hampir RM2500 sehari..Total Nett Profit setahun hampir RM350,000...iaitu sebulan RM29,000..tolak semua overhead beliau (gaji 3 pekerja,sewa kedai 3 pintu tingkat bawah dan atas, transport,entertainment, makan minum...beliau masih berbaki RM20,000! Gajinya RM20K!!......

Humm, perkara menarik dia cakap.." Ini meniaga org Melayu susah mau buat...sebab Melayu berniaga takut-takut...Modal RM200,RM300,RM1000,RM5000,RM10,000,RM15,000 dan bla bla...tapi harapkan keuntungan sebulan RM5k ke atas...takda logik laa"... "lu keluar RM5 , lu boleh makan nasi berapa pinggan? Sikit laa".. Sy berniaga buka ini kedai, modal RM300k barang saja tau....satu tahun sudah cover...."

Moral of the day...Nak berniaga mmg ada risiko..tetapi kalau berani ambil risiko dan bijak guna peluang dan ruang,usaha berterusan dengan cara yg betul, kita akan dapat hasil yg sgt tidak ternilai di kemudiannya....follow the rule n dont break the rule...

KEPADA YANG MEMILIH PERNIAGAAN SERBANEKA, TAHNIAH YE!

KEPADA YG MASIH TAKUT-TAKUT,RAGU-RAGU,1001 PERASAAN NEGATIF...

MARI KITA JUMPA...SY SHARE APA YANG ANDA KURANG YAKIN/RAGU-RAGU ITU.....





23/10/2012 


Ada yg bertanya dengan saya, lokasi mana yang terbaik untuk buka kedai serbaneka RM2. 


Ini jawapan saya :

Mana2 lokasi yang padat dgn penduduk memang sesuai untuk di buka Kedai RM2. Tak kira lah di kampung, taman atau pun di bandar. Cuma saya nasihat kan supaya elakkan untuk buka di bandar besar kerana anda akan bersaing dgn kedai RM2 bangsa cina (modal mereka besar, barang banyak) dan sewa kedai yang mahal. Buka di taman perumahan pun dah okay. Seperti di kawasan Melaka, kedai serbaneka ni dah jadi kewajipan perlu ada di setiap taman sama penting seperti kedai top up, kedai gunting rambut dan kedai runcit.

Jika anda ada modal dalam lingkungan RM55K ke bawah untuk buka kedai, carik kedai yang..



Daftar SINI untuk info seterusnya.. 





22/5/2012


Kepada semua pelanggan kami yg di hormati..Apabila anda membeli brg serbaneka dari kami, kami akan beri anda 2 jenis warranty. 

a) Warranty seminggu - jika ada brg2 yg rosak semasa delivery, anda boleh pulangkan kepada kami dan kami akan ganti yang baru. Kos penghantaran pengiriman brg tersebut kepada kami dan kos penghantaran semula kepada anda, anda kena tanggung lah. Kos penghantaran yg percuma tu sekali jer masa 1st order..

b) Warranty 3 bulan - jika ada brg2 yg slow atau tak boleh jual, anda boleh tukarkan dgn brg yg laju tanpa perlu keluar duit beli yg lain. Warranty ini sah utk anda yg brg2 nya saya yg suggest atau pilihkan. Saya suggest kpd anda brg2 yg senang di jual dan laris tetapi jika brg2 tersebut tak boleh jual anda boleh tukar. Saya akan bantu anda sampai boleh jual. TETAPI jika anda pilih sendiri brg2, tiada warranty akan di beri. Anda pilih ikut confident sendiri, maka dgn confident lah anda jual nya sampai habis.

Saya sangat menitik beratkan ttg tarikh tamat warranty ini. Saya tidak akan layan jika warranty telah tamat tempoh walaupun sehari. Saya tidak mahu melayan mereka yg tidak serius untuk berniaga dan ingin ambil kesempatan. 

Saya bgtahu ni sbb dah ada pelanggan kami yg nak pulangkan brg rosak selepas lebih 2 minggu brg sampai ke premis mereka (mungkin rosak semasa penghantaran / mungkin rosak semasa display atau semasa jualan). Jadi warranty yg tamat tempoh seperti ini kami tidak layan.






11/7/2012


Saya baru sahaja terima tetamu, customer saya yang dah 2 bulan buka kedai RM2 yang sykt saya setup kan. Mereka mengadu yang sales mereka teruk dan terpaksa keluar duit poket untuk tanggung kos sewa dan gaji pekerja. Saya dah agak masalah ini akan berlaku awal dahulu sebab beberapa faktor. Dan perkara ini telah pun saya bgtahu awal dahulu :

a) Sewa kedai terlalu mahal. Untuk separuh kedai sewa dalam RM1700.
b) Lokasi kedai kurang menarik. Kawasan lengang sebelah malam sebab kedai jiran2 tutup awal pukul 7mlm.
c) Variasi produk yg tak byk kerana keluasan kedai yang sempit. Pelanggan kurang pilihan.


















Produk saya tidak boleh di bandingkan dengan produk kedai RM2 ECO SHOP kerana mereka mempunyai gudang yang besar dan kedai yang banyak. Sekali mereka order utk kedai mereka sahaja dah berkontena barangnya. Dan dah tentulah kos nya akan murah. Sudah pasti ada produk yang mereka jual, saya sendiri pun tak boleh supply dan lawan harga mereka. Tambahan pula, ECO SHOP tidak jual barang mereka dengan harga borong (bawah RM2). 

Satu lagi setahu saya, ECO SHOP banyak menjual barang2 reject yang masih elok. Contohnya begini, kontena barang dari China ke Australia. Sampai Australia mereka reject barang tu sbb kualiti atau tak sama spec seperti mereka minta. Pengilang China tak akan buka semula kontena utk semak tetapi tolak terus murah2 pada ECO SHOP. Janji kos purata bawah RM2 dan mereka boleh jual. Sbb itu barang2 dalam kedai ECO SHOP tak masuk akal murahnya berbanding pesaing.





10/4/2013

Apabila barang RM2 yang anda order dari saya atau dari mana2 supplier sampai ke tangan anda, apa yang anda perlu buat? 

a) Buka kotak dan pastikan list barang ada dalam kotak ada.
b) Kira barangan agar sama bilangan dalam list dan bilangan dalam kotak.
c) Asingkan barang2 yang rosak dalam kotak semasa proses penghantaran.
d) Asingkan barang2 yang tak cukup / terlebih dari list barang.

Barang yang ok anda boleh terus display.
Barang yang rosak anda boleh return pada saya untuk tukar dengan barang baru.
Barang yang tak cukup / terlebih boleh periksa semula dgn saya untuk ketahui harga jual atau untuk minta tambahan.

Ada brg2 yg mmg saya bagi lebih sbb brg tu kena jual 2pcs = RM2. Jadi dalam list dan bilangan dalam kotak mmg tak sama. Dalam kotak ada 60 tapi dalam list saya tulis 30 sahaja. Maksudnya kos untuk 2 barang = RM1.40.

Jadi nak jual 1pcs RM1 pun boleh, nak jual 2pcs = RM2 pun boleh. Saya tak lah kejam sangat nak suruh jual pada customer brg RM1 dgn harga RM2.

Tapi jika anda masih lagi tidak berpuas hati dgn brg yg saya supply, boleh return barang tu dalam tempoh 3 bulan dan tukar dgn brg lain. Kan saya ada bg warranty..Cuba jual dulu jika tak boleh boleh tukar

7/5/2012












APA NAK BUAT JIKA ADA CASH RM20,000? 

Jika ada budget 20k, sesuai untuk buka separuh kedai RM2.
Keluasan dalam 10 x 40. Ini kira kira kasarnya :

a) Barang = RM10,000
b) Rak = RM3500
c) Renovation = RM2000
d) Signboard = RM1300
e) Cashier Machine = RM400
f) Deposit Kedai (2 +1)= RM800 x 2 = RM1600
g) Deposit Api Air = RM800
h) Lain2 = RM400

TOTAL = RM20,000..


RUANG IKLAN UNTUK DISEWA (RM15/BULAN)


14/4/2012

Baru pulang dari kedai customer di Salak. Hari tu dia ada borong accessories wanita di kedai. Dia mintak singgah di kedai untuk bagi idea macam mana nak masuk kan barang RM2 di kedai runcit dia..Pertama sekali aku masuk kedai dia, ada beberapa benda yang perlu di perbaiki untuk tambahkan sales kedai selain dari tambah barang2 RM2 sbg penarik :

a) Kedai mesti terang utk tarikan customer masuk danmemudahkan pilih barang. Jangan kedekut utk on lampu di siang hari.
b) Barang mesti display cantik2 dan susun elok2. Ni ada yg dalam plastik lagi, ada yang masih terikat lagi,susun bertindan2, susun tak ikut jenis. Mudahkan customer untuk membeli..
c) Semua barang mesti ada tanda harga.
d) Buat lah signboard betul2 bukan pakai banner. Signboard tu imej kedai kita. Buat yang ada lampu, bila malam menarik customer untuk datang..






10/4/2012

Sekarang nie buying power orang melayu amat tinggi.. bukan zaman2 bapak2 kita..

you tengok melayu skrng ada duit utk spending dan suka spending. Gaji goverment pun dah besar, ramai melayu yg jadi professional.. org melayu kaya pun ramai (MLM, forex, biz retail, kompeni2 IKS)

Kalau you tengok big spender dekat hypermarket n kedai2.. siapa? majority melayu... buying power diaorg tinggi... dari kedai makan, kedai baju, booth2 uptown, pasar2 basah smpai workshop kereta.. sapa customer? Melayu 

melayu sekarang bukan macam melayu zaman2 bapak2 kita, walaupun masih ada beranggapan peniaga/business man selalu -vte, tetapi mereka akan cuba menyokong bisness melayu

Customer "yang cuba menyokong" ni la kita perlu fokus n maintain appreciation mereka sehingga jadi loyal customer. Of course, sudah tentu anda tak boleh puaskan hati semua pihak, cuba bagi service yg terbaik n harga yg paling kompetetif di pasaran.

Insya allah, kamu akan berjaya 

note: ini bukan perkauman ya.. cuma nak buka mata bakal2 bisnesman/peniaga2 di luar sana, jgn ambil mudah customer/market melayu..



7/1/2013

Ada yang bertanya dengan saya, mana nak cari supplier untuk air tin, makanan ringan, aiskrim dan kacang2 serta jeruk untuk Kedai RM2 ni memandangkan saya tak supply barang2 tersebut.

Baik ini jawapan saya...

Selalu nya bila kita buka kedai, supplier akan datang offer untuk supply barang ke kedai kita. Jarang kita akan dapat no supplier dari kedai jiran sbb dah tentu mereka tak nak kita bersaing dan jual barang sama dengan mereka. Dan bila supplier ini datang, anda boleh tengok katalog mereka dan pesan barang. Dalam 7 hari barang yang di pesan akan sampai.

Supplier cina jarang bagi consignment (jual dulu bayar kemudian) pada peniaga baru seperti kita. Saya sendiri ambil masa setahun baru dapat consignment sebulan dengan mereka. Mereka turun barang, anda mesti ready payment cash. Pada pengalaman saya..


Daftar SINI untuk info seterusnya..




9/1/2013

Tahun Baru Cina (CNY) dah dekat..Awal bulan depan jer kan..So, sempena Tahun Baru Cina ni 2 perkara yang saya nak ingatkan kepada semua pengusaha kedai RM2 bawah network saya :

a) Stand by cash banyak2 sebab masa Tahun Baru Cina ni pasar raya besar akan lelong air tin dan air kotak sehabis murah. Sales ini hanya berlaku setahun sekali sahaja. Anda tak akan jumpa harga semurah ni sepanjang tahun sekali pun masa Hari Raya Aidil Fitri. So alert dgn promosi2 murah ni. Antara yang termurah ikut pengalaman saya ialah TESCO dan Family Store (N.Sembilan dan Melaka sahaja). 

Tapi awas ya jangan terlalu ghairah. Kebanyakkan air tin dan air kotak ni murah sebab expired date dah dekat. Jadi hati2 masa memilih. Tengok tarikh luput. Carik yg tarikh luput nya 6 bulan lagi at least.

Satu lagi yang akan murah..


Daftar SINI untuk info seterusnya..





7/9/2013

Bila anda ingin beli barang2 RM2 dari pemborong, ada beberapa perkara yg anda perlu titik beratkan sebelum berurusan dengan mereka. Jangan sebab harga murah jer anda terus deal dengan mereka. Sedikit tips dari saya untuk anda yg ingin menceburi bidang ini.

Pemborong yg menawarkan harga murah (bawah RM1) biasanya adalah pemborong yg tiada ready stok dalam negara dan mereka akan order terus dari China. Harga memang murah tapi risiko nya tinggi. Antara risiko yg anda perlu tanggung jika ingin berurusan dengan mereka :

a) Risiko barang tak sampai
Pemborong ini adalah org tgh yg berurusan dgn kilang di sana. Jika mereka berurusan dgn...


Daftar SINI untuk info seterusnya..




7/2/2013


Buat kesekian kali nya saya ingin bgtahu semua customer yg nak borong barang2 RM2 dgn saya. JANGAN SAMA KAN BARANG YG SAYA SUPPLY DENGAN BARANG YANG KEDAI RM2 ECO SHOP JUAL. Eco shop tidak menjual borong (bawah harga RM2) sedangkan barang2 yg anda ambil dengan saya harga nya RM1.40 satu. Jadi ada barang yang saya boleh supply pada anda dan ada yg tidak. Jgn lah di banding2 harga. Dah harga kos nya berbeza mana boleh dapat barang yang sama. Jika anda beli barang di kedai runcit dengan pasaraya besar, dah tentu brg yg sama tapi harga berbeza. Sama lah konsepnya..

Terus terang saya bgtahu, kos barang yg saya dapat adalah RM1 1pcs. Saya jual pada anda RM1.40 dengan untung 40 sen 1pcs. Dengan 40 sen ini lah saya nak cover kos pekerja untuk packing, kos penghantaran dan warranty. Tak byk yg tinggal pada saya. Itu belum lagi brg2 yg rosak semasa penghantaran. Saya kena ganti pakai duit itu jugak lah..

Eco Shop adalah sykt besar yg ada beratus cawangan. Brg2 mereka byk dan jika mereka order direct dari China dalam kuantiti yg besar dan berkontena sudah tentu dapat bawah dari RM1. Tapi kenapa mereka tak jual harga borong? Sebab mereka ada kos lain yg perlu di tanggung dan mereka nak elakkan persaingan. So, jika anda baru order dalam RM2000 pada saya dan nak dapat harga dan brg semurah mereka, mana mungkin. 

Yg penting, brg2 yg saya bg pada anda boleh di jual dengan harga RM2. Jika tak berpuas hati sekalipun, anda ada warranty 3 bulan untuk tukar barang. Semua customer saya ada warranty tu. Yg penting anda niaga dulu, jika ada modal nanti baru lah ambil direct dekat China. Nanti anda tahu lah betapa azab nya berurusan dengan org sana. Jgn ingat harga murah jer tapi risiko lain perlu fikir jugak.





















Semalam saya melawat kedai customer saya ni yang dah seminggu beroperasi dan hantar brg2 yg dia tukar (barang yg kami supply pada dia ada 3 bulan warranty - boleh tukar dgn brg lain jika nak / brg tak terjual)..

Saya tertarik dgn promosi yg dia lakukan untuk tarik perhatian customer. Teknik ni pernah saya gunakan dahulu semasa mula2 buka kedai dan tak ramai owner kedai RM2 yg lain mahu gunakan untuk kedai mereka. Owner kedai ni letak brg2 atas RM2 dan jual dengan harga rugi iaitu RM2. Kebanyakannya brg2 plastik yg besar2 dan cantik2..

Katanya biar rugi dahulu janji dapat tarik customer. Apa yg customer nak walaupun barang tu mahal tak de untung, dia akan cuba sediakan selagi terdaya. Untung tu boleh cover kat benda2 lain. Rugi barang ni, kat barang lain untung..

Ni lah cara nak niaga lama. Niaga ni bukan nak untung sentiasa. Kadang2 kena lah rugi dulu untuk untung berpanjangan. Yg penting customer happy dan datang lagi ke kedai kita..



Nampak mainan basikal atas meja tu? Ada kisah menarik semalam tentang mainan ni..

Semalam saya pergi stesen petronas untuk keluarkan duit di atm machine. Tepi mesin atm tu ada rak mainan. Sambil2 beratur tu saya belek lah rak tu dan terjumpa lah mainan ni. Terkejut saya dgn harganya. Stesen Petronas jual satu RM9.80!! Punya lah mahal..bila saya tanya budak kaunter kenapa mahal sangat sedangkan saya jual borong baru RM1.60 satu, budak kaunter tu tak percaya..Dia kata ramai jer mak bapak beli untuk anak2 dia..

Perghh..untung gila lah. Sama ada supplier dia yg jual mahal ataupun stesen petronas tu yg letak harga mahal. Semua mainan dekat rak tu saya ada supply dan harga yg mereka jual hampir 8 kali ganda dari harga pasaran..

Sesiapa yg supply mainan pada petronas ni mmg masyuk lah..



Soalan : Adakah wajar mengambil pinjaman perniagaan utk permulaan Kedai RM2?

Jawapan saya :

Ada baiknya jika permulaan perniagaan adalah berdasarkan kemampuan yang ada kat tangan kita. Modal tak semestinya besar dan produk yang hebat. Jika berhutang, perkara ini akan menjejaskan lagi tumpuan pemasaran tuan nanti bilamasa tuan kena fikirkan cara nak bayar hutang, nak memasarkan dan selidikan jenis pelanggan tuan.

Risiko permulaan perniagaan adalah ketidak-mampuan usahawan menjalankan strategi pemasaran produk yang dijualkan. Contoh jika tuan keluarkan belanja 10K tetapi tidak tahu cara nak memasarkan bermakna produk tu akan jadi modal tepu dan mungkin rosak.

Ada baiknya kalau tuan nak berniaga, saya sarankan tuan ke program INSKEN ( Institut Keusahawan Negara). kat situ banyak seminar percuma untuk tuan pelajari selok belok perniagaan dan juga kursus penghasilan produk.



11/1/2013

Semalam ada satu pasangan suami isteri ni call aku nak letak kerepek secara consignment di Kedai RM2 aku. Aku yg cadangkan pada mereka sbb tgk posting mereka dalam forum nak carik tempat untuk letak kerepek sekitar Seremban. Tapi mereka kurang arif ttg consignment basis ni. Jadi aku terangkan serba sikit. Semoga idea marketing ni boleh di guna pakai oleh semua pegedar kerepek..

Consignment basis maksudnya kita letak barang dulu di kedai dan owner kedai jual dulu. Dah jual baru mereka bayar pada kita. Cara payment di bayar pada kita - bill to bill basis (tambah stok baru ambil payment barang lama yg dah terjual). Kenapa bagus teknik consignment ni :



a) owner kedai tak terbeban menanggung risiko jika barang tak terjual. Maklum lah produk kita produk biasa yang tak de promo besar besaran di TV jadi mereka boleh test jual dulu. Tak laku mereka boleh return pada kita..

b) kita boleh letak barang kita byk2 di kedai sbb owner tak tanggung risiko. Kita boleh test semua kerepek yg kita ada. Sebaik nya bagi satu rak free (seperti gambar) pada kedai dan susun barang kita penuh satu rak. Jangan guna rak owner. Guna rak kita kerepek pun selamat tak mudah rosak. Guna rak owner nanti dia alih alihkan sbb nak letak barang dia yg lain. Rak display ni ada roda jadi boleh letak depan kaunter. Mudah orang nampak..

Murah jer..tempah kat kedai welding. Bila owner tak nak ambil kerepek kita lagi, ambil semula rak dan letak di kedai lain..

Sebaik nya packing kerepek dalam 100g untuk jual dgn harga RM2 sepeket. Anda tolak pada owner RM1.50. biar dia ambil untung 50 sen..Satu rak boleh gantung paling kurang 50 peket. Satu jenis 5 peket, dapat dispaly 10 jenis kerepek..

Teknik ni aku belajar dari syarikat jual jeruk dan kekacang. Mereka guna teknik yg sama. Satu van promosi company ni paling kurang ada 300 rak di 300 kedai. Satu hari van ni follow up 10 kedai untuk tambah stok, ganti stok dan collect payment..Kalau satu company ada 10 van? pergh....Lumayan kan?




21/10/2013


Saya baru terima panggilan dari Shah Alam. Customer saya ni berminat untuk bisnes mainan RM2 tetapi dengan cara hantar ke kedai2 kawasan sekitar. Macam mana potensinya?


Saya suka dengan cara niaga macam ni. Sebab saya sendiri jual mainan RM2 di tapak ekspo dan tahu mcm mana sambutannya. Jika ada masa, mmg saya juga nak buat cara supply ke kedai2 sekitar mcm ni. Memang lumayan.


Cuma mainan tu tak boleh lah jual RM2 di kedai lain. Sebab nya..


Daftar SINI untuk info seterusnya..





21/10/2013

Semalam saya terima sms dari customer yang nak buka kedai RM2 tetapi kedai yang nak di sewa itu ada pintu kaca seperti dalam gambar. Sesuai atau tidak?

Ini jawapan saya :

Kedai ada pintu kaca seperti ini tidak sesuai untuk di jadikan kedai RM2. sebab kedai seperti ini nampak MEWAH. Customer takut nak masuk / malas nak masuk sebab nampak mcm kita jual barang mahal dan bukannya barang harga RM2. Tambah lagi jika kita letak aircond dalam nya sebab udara luar tak masuk. Itu lagi lah menampak kan berapa mewahnya kedai kita. Jadi tak sesuai.

Penyelesaiannya kita kena buka pintu kaca tersebut. Ada owner kedai yang tak bagi kita buka kaca tersebut. Ada juga owner kedai yang benarkan tetapi kena pasang semula bila kita tidak menyewa lagi. Jadi ini melibatkan kos tambahan. Jika ada budget, anda boleh buka semuanya.

Jika tiada budget, cukup untuk kita buka pintu sahaja. Mudah sahaja kita boleh buka sendiri sebab pakai screw sahaja. Simpan pintu kaca tersebut elok2 di store. Nanti bila dah tak menyewa lagi, pasang semula pintu kaca tersebut.

Dinding kaca kiri dan kanan anda boleh tampal poster promosi. Jangan biarkan kosong nnati customer langgar dinding tersebut masa nak masuk kedai. Mereka tak nampak ada kaca di situ. Sangat bahaya terutama kepada anak2 customer yang suka lari2 dalam kedai.

Harap tips ini berguna untuk anda.



29/9/2013

kalau anda baca tentang modal untuk buka kedai rm2 pada post2 terdahulu, saya ada mention tekun. 

ok, mari kita sembang2 pasal tekun dan saya akan bagi tips berguna.

Untuk apply tekun, loan akan release bila..


Daftar SINI untuk info seterusnya..





28/9/2013


pemilihan pekerja penting, selain dari paras rupa, kerajinan n kejujuran juga mesti diambil kira.

kedai RM2 kita perlu ada CCTV, secara random kita akan rewind previous record.. random pick recorded time, selalu check cctv time semua staff ada, ini bagi physiology kat diaorg.. mesti diaorg takot sikit nk buat kerja bukan2... awak boleh tanya dia atau komplen isu pekerja tentang video cctv tersebut.

buat masa ini saya hanya ada cash register biasa sahaja.. untuk mesin POS (point of sales) yg ada barcode, penggunaannya bebaloi kalau income ribu2 sehari. dah ianya amat costy, sekitar rm2500 - rm3000 seunit.

satu lagi saya ada buat stock check list, jobtask check list, daily income report

- stock checklist = barang2 yg dijual, stock in-out (dr store ke rak jualan) atau current total stock list.

- job task checklist = senarai jenis kerja yg staff wajib buat seharian. diaorg akan tanda mana2 job yg diaorg sudah buat.

- daily income report = hasil jualan mesti "comply/tally" dengan report yg dijana oleh mesin cash register.

tips: utk elak penipuan, checklist & report nie mesti di buat secara "double layer", issued by: staff A, approve by: staff B.

*staff A = junior / staff B = senior so-called supervisor.



28/9/2013

Rata2, kedai RM2 milik bumiputra tak ada marketing strategy.. buka kedai dan duduk goyang kaki harapkan income yg masyuk2.. kalau income tak masyuk.. diaorg akan ckp.. kedai sebelah dengki atau kedai pesaing dengki.. dan start pakai bomoh

that not the way...

pakai bomoh2 adalah usaha alternatif dan tidak digalakan.

~~~~~~~~~~~~~~~

MARKETING STRATEGY

1) product display
2) product choices
3) sales service
4) advertising



1) product display 

produk2 harus di organize di tempat yg mudah nampak & akses.. jgn letak barang2 yg selalu org beli di tempat2 tercorok atau tinggi

produk mesti di centralize ikut jenis2 produk dan keperluan.
cth:

Daftar SINI untuk info seterusnya..



22/11/2013

Bila anda berminat untuk buka kedai RM2 dan bertanya saya berapa modal perlu, saya perlu tahu dulu keluasan kedai anda. Sebaik2 nya biarlah ada kedai terlebih dahulu. Saya akan bagi anggaran budget untuk penuhkan barang satu kedai. Tapi jika tak ikut budget saya tu pun tak mengapa. Boleh mula dengan berapa modal yg ada cuma kedai tak penuh lah dengan barang. Nanti customer komplen lah sikit..

Sebagai contoh, untuk kedai seluas 20 x 45 kaki (900 sqft), untuk penuh barang dalam RM30,000. Tapi ada beberapa syarat juga. Sebab ada yg dah ambil pakej ni komlpen kedai tak penuh :

a) Keluasan kedai mesti dalam 900 sqft. Biasa keluasan standard kedai sekarang dalam 20 x 65 kaki (1300 sqft). Jika semua ruang guna untuk niaga, kedai mmg akan nampak kosong.

b) Rak barang - Untuk barang RM30,000, rak yang di perlukan dalam RM9000. Rak yg saya maksudkan adalah gondola. Jika anda beli rak yg murah seperti botless rack dan offer bin ikiut budget RM9000 tadi, rak anda akan terlalu banyak. Sudah tentu barang tak penuh.

c) Susunan barang - Ini sangat penting. Byk kedai customer yg saya datang tengok selepas barang sampai, susun barang tak betul. Barang plastik mcm tupperware di tindih (buka tutup), barang yg di gantung letak dalam tapis dan pelbagai kesilapan lain lagi yg menyebabkan kedai nampak kosong. Sebaik nya survey lah kedai rm2 lain terlebih dahulu untuk dapatkan idea susunan barang.


19/11/2013






















Saya bersyukur sangat ke hadrat Ilahi bila saya dapat tempahan dari customer yang nak beli barang RM2. Saya bersyukur sangat sebab saya tahu rezeki yang saya dapat ini ada rezeki orang lain juga. Dapat saya berkongsi rezeki saya ni bersama mereka :

a) Anak2 dan isteri - dapat saya bawa mereka makan sedap2 sikit dan beli baju baru.
b) Mak dan ayah - dapat saya bagi mereka duit belanja lebih sikit
c) Staff - dapat saya bayar gaji mereka dan OT lebih masa bekerja.
d) Supplier kecil kecilan seperti pampers, stokin - dapat mereka income lebih sebab ada order dari saya.
e) Ejen jual kotak - dapat mereka jual kotak sebab saya perlukan byk kotak untuk packing
f) Pam minyak - dapat mereka income lebih sebab saya gunakan banyak minyak untuk ulang alik ambil stok dan hantar stok.
g) Sykt kurier - dapat mereka job hantar barang dari saya. Bukan sikit2 tu. Kalau order RM30,000 dekat 64 kotak nak kena hantar.

Dan byk lagi termasuk lah kucing yang terima sisa makanan saya sewaktu di kedai makan. Alhamdulillah semua dapat bahagian masing2.

Rezeki Allah tu pasti ada untuk kita. Yang penting kita usaha. Dan ingatlah, dalam rezeki yang kita dapat, pasti ada bahagian untuk orang lain. Kadang milik orang yg kita tak kenal dan tak di sangka2.

Macam van saya rosak tadi. Ada rezeki pomen di situ. Saya pun tak sangka tapi dah Allah tetapkan ada rezeki untuk dia. Subhanallah! 

Ya Allah! Kurniakan lah kami rezeki yang berkat dan halal. AMIN

12/11/2013

Petang tadi saya ada meeting dengan salah satu supplier terbesar racking system di Malaysia ni. Perbincangan lebih menjurus kepada macam mana nak bantu customer2 saya di luar negeri Sembilan yang ada masalah untuk beli rak memandangkan kospengangkutan yang terlalu mahal sekarang. 

Untuk makluman semua, kos pengangkutan rak di tanggung oleh pembeli sebelum ini. Kos pengangkutan barang niaga jer yang PERCUMA saya tanggung. Pernah terjadi satu kes customer saya di Kelantan yg beli rak di Seremban, kos hantar rak sahaja lebih kurang sama dengan harga rak. Sangat mahal tambahan bila harga minyak naik ni..

Berita baik, supplier terbaru saya ini bersetuju untuk tanggung kos transport PERCUMA. Makna nya, anda beli rak dengan saya dan anda boleh ambil dari cawangan terdekat dengan lokasi kedai anda. Anda hanya perlu tanggung kos dari cawangan mereka ke tempat anda sahaja. Kos transport dari Seremban PERCUMA. 

Ini senarai 12 cawangan syarikat ini di seluruh negara :

a) Seremban
b) Kuala Lumpur
c) Melaka
d) Muar
e) Ipoh
f) Alor Star
g) Kota Bharu 
h) Kuala Terengganu
i) Johor Bahru
k) Kota Kinabalu
l) Kuching
m) Butterworth

8/11/2013

Dah hampir 2 tahun setengah berguru dgn "TOKEY" ini. Dia dah berniaga Kedai Serbaneka ini hampir 13tahun .Bermula dengan hanya 1 pintu kedai , kemudian ada satu cawangan lagi juga kedai 1pintu. Kemudian 'upgrade kedua dua cawangan kedainyamenjadi 2 pintu ( 2biji kedai )...

Dan kini selepas 13 tahun bergelumang di dalam perniagaan kedai serbaneka, akhirnya dia berjaya juga membuka gudang pemborong barangan serbaneka nya sendiri...seluas 8000 kaki...Dengan modal hampir 1 Juta...



Sale sehari kedainya paling kurang pun RM8000....Jika sebulan dah RM200-240k...5 Bulan berniaga dah balik modal!! Fuhh...Resipinya mudah...

1) Mesti ada target dalam berniaga.
2) Displin kena tinggi & harus ada komitmen. Anggap diri sendiri adalah pekerja dan bukan BOSS.
3) Jangan anggap sale sehari itu adalah 'gaji' kita, malah ia adalah pelaburan untuk berniaga esok hari...(modal untuk tambah barang..jika sehari tambah RM1000 , lama-lama value kedai kita dah cecah ratusan RM)
4) Besar periuk besar kerak.Berani keluar modal besar, risiko akan lebih tinggi,dan pulangan juga akan tinggi..Jangan anggap keluar modal RM10k untuk berniaga kedai RM2 dan mengharap sale sehari RM300-RM400...hehe

Kata tokey ni lagi....

' Org Melayu mudah buat loan lorh...kalau i boleh,i kasi hantam penuh RM1juta loan..5 bulan sudah boleh return. Tapi itu duit kasi meniaga betul-betul '...



24/11/2013

Ada pesaing kata boleh jual barang secara borong lebih murah dari kami..

80 sen satu barang lah, RM1.00 satu barang lah..

Tapi anda pasti ker barang tu boleh jual harga RM2.00? Apa guna barang RM0.80 tapi harga standard jual kat luar RM1.00. Untung 20 sen jer? hehehe

Transport plak mcm mana? boleh ker mereka tanggung dan bagi pengangkutan PERCUMA macam kami buat? Ada jaminan 3 bulan?

Tambah tolak lebih kurang harga kami juga..Silap2 sampai pada anda barang RM0.80 sen tu tak boleh jual RM2.00. Signboard dah naik kedai RM2. Kena repack plak barang tu..Kan dah susah

Saya pun boleh bagi murah kalau macam tu. Saya bagi barang harga 30 sen nak? Harga jual 50 sen lah..

Sampai keluar muntah hijau ooo kalau nak dapat sales RM30,000 sebulan jual barang untung 10 sen - 20 sen ni. Tak percaya? Cuba lah.. 

Kena check betul2 ye berurusan dengan supplier mcm gini takut indah khabar dari rupa jer..



7/12/2013

Ada seorang customer call nak beli barang tapi tak nak letak deposit 70% dulu..

Katanya dia tak percaya pada saya. Dia suruh hantar barang nnt dah sampai dia bayar..

hehehe..Kalau dia tak percaya saya, ingat saya boleh percaya dia ker?

Saya pun byk kali terkena dengan customer. Barang sampai tak mau bayar. Kos kirim yg beratus pun ada yg tipu tak mau bayar, ini kan duit barang beribu2. Lagi lah liat nak bayar..Mcm2 alasan, nak kira dulu lah, duit tak cukup lah, mintak consignment sebulah lah..

Sebab tu lah saya sediakan kedai, opis dan gaji kan staff yang comel untuk anda datang tengok sendiri bisnes ini dan datang berjumpa dengan saya. Kita berbual dan berbincang. Tanya lah apa pun. Nasihat saya bagi percuma jer. Hilangkan lah keraguan pada saya supaya kita boleh maju ke depan. Untuk deal bisnes sampai jadi.

Walaupun ada yg datang ke kedai tak mahu jumpa saya (yg ni saya kira pelik lah), dari jauh datang tak buat temu janji, tak mahu ilmu dari saya. Datang semata mata nak tengok barang jer, pun tak mengapa. Staff saya akan bantu anda..

Nak beli barang terus pun boleh. datang pilih dan staff saya akan packing. Jadual pembelian borong pun ada saya tampal. Serendah 3 barang dah boleh dapat harga borong (pening kedai cina nampak harga semurah ni saya jual)..

Yg penting anda bertindak untuk memulakan perniagaan ini. asyik planning jer, sampai bila pun tak jadi..Ada customer saya dekat setahun planning. Dalam setahun tu 2-3 kali datang jumpa saya. Akhirnya baru minggu lepas jadi beli barang..

Bayangkan berapa byk untung dia dapat kalau dia dah mulakan bisnes ni setahun yg lalu..




6/12/2013

Hari ni hari semua staff saya dapat gaji..

Alhamdulillah dah settle bayar pada semua tadi.

Kenapa saya bayar gaji 6hb bukan nya hujung bulan mcm 28 hb ke 30hb ke...

Sebab saya tak nak staff saya cabut lari bila dapat gaji. Byk kali terkena dulu. Dapat gaji jer esok lesap tak datang dah. Bila di siasat, dah keje tempat baru rupanya..

Walaupun ada syarat kena bagi notis sebulan, tapi mereka ni tak ikut pun. Yg rugi nya saya lah. Kena carik staff ganti, kena training lagi, staff lama ke bayar OT sbb nak monitor budak baru..

Sekarang saya dah pandai. Mana2 staff yg berhenti on the spot tanpa notis, gaji yg 6 hari tu burn lah. OT pun saya tak bayar juga. Sebab OT untuk bulan ni, bulan depan baru saya bayar.

Alhamdulillah, penyakit staff cabut bila dapat gaji ni tak berlaku lagi..

5/12/2013




















Nah, sapa nak pergi borong sendiri barang2 RM2 di Guangzhou dan nak harga murah2..Satu barang 80 sen ker, 70 sen ker..

Jgn risau .... disini saya perturunkan ilmu hehe... 

1. ==== 

first sekali search di internet saya dapat senarai ni.... senarai tempat2 borong di guangzhou mengikut jenis2 produk yg kita nak. siap dgn map lagi....

http://www.2guangzhou.com/market.html

2. =====

kemudian search di wikimapia guangzhou. zooom kan dan baca markup / label tempat2 yg dah dibuat oleh traveller. ada yg bahasa cina tapi banyak juga bahasa inggeris.

http://wikimapia.org/1252659/Guangzhou

3. =====

then utk book hotel samada murah atau mahal, guna agoda. kalau belum pernah try, baik try book hotel murah rm50 henggit di malaysia dulu guna sistem ni. then try check in dan biasakan diri. awak akan menggunakan agoda ni banyak kali lagi nanti...

http://www.agoda.com/city/guangzhou-cn.html

4. =====
tengok youtube cerita2 berkenaan wholesale market di sana.

http://www.youtube.com/results?search_query=guangzhou+wholesale+market

5. ====
then saya akan search lagi di google forum2 discussion org2 yg pernah kesana 

https://www.google.com/search?q=guangzhou+wholesale+markets

=== TAPIIII AWASSSS ====

DENGAR ni BETUL2....

CHINA adalah negara yg BUKAN ada syllabus Bahasa Inggeris dalam kokurikulum wajib sekolah rendah/menengah dia.

Tulisan China pulak adalah tulisan yg amat kreatif... kalau tak reti baca... toksah le try senget2 kan bijik mata... gerenti tak boleh punya.

kemungkinan utk tersesat dan tak boleh berkomunikasi dgn orang2 disana AMAT TINGGI!!!

Diberitakan, pelawat yg ke sana, sebaik shj meninggalkan hotel, mereka perlu AMBIK BUSINESS kad hotel kerana jika sesat, utk balik semula ke hotel dan tanya orang lalu lalang, TAK ADA sesiapa yg faham dan boleh tolong. Dorang kena tunjukkan kad hotel dan mintak teksi tolong hantarkan balik.

Kalau nak guna sistem bas/LRT/Underground dorang pulak... bila tiba time kita depan kaunter beli tiket, sepatah haram perkataan kita sebut dia tak faham. dan sepatah haram perkataan dia tanya kita balik kita tak faham....

Punyalah teruk sekali bahasa inggeris dorang.

So kalau first time kesana... nak gi sendiri... fikirkn masak2.

silap2 kos yg nak dijimatkan dgn tidak beli borong dengan kami ... akan hangus sekelip mata akibat kerugian tersilap/tertipu disebabkan masalah bahasa!!!!

====

Kecuali awak boleh berbahasa Mandarin/kantonis sebab pernah sekolah cina masa kecik dulu...


4/12/2013

Bagaimana dan Kenapa Tokey-Tokey C ini berjaya ? 

Sekadar share apa yg saya dengar,nampak,dan yg dah lalui....

1) Sebab kebanyakkan mereka ini tidak buat loan BANK. Ada di antara mereka ini buat loan ALONG, dan pinjam kawan,adik beradik. Jika loan along..mereka tiada pilihan lain melainkan BUAT SUNGGUH SUNGGUH SAMPAI BERJAYA. Jika loan dgn kawan dan adik beradik pun, jika tak untung..putus saudara ..jadi ada satu keadaan yg menekan/push mereka untuk sentiasa usaha kuat sehingga berjaya.. mereka sanggup ambil risiko demi berjaya.. Tapi kita? Dah la susah nak buat loan sebab komitmen lampau yg tinggi..kalau berjaya pun, dapat je loan..terus beli barang yg lain takda kaitan berniaga dulu then baru labur pada perniagaan..dan yg pasti kebanyakkannya TIADA TEKANAN ..sebab mereka beranggapan sangkut sebulan dua ,masih ok lagi.... 

2) Sebab kebayakkan mereka ini..


Daftar SINI untuk info seterusnya..


1/12/2013

Mempunyai staff kedai yg ramah mulut mmg lah di sukai oleh pemilik kedai..

Ramah tegur sapa dgn pelanggan, ramah bantu pelanggan carik barang dan ramah promote barang dengan pelanggan.

Staff yg ramah biasanya murah dengan senyuman. Customer pun happy jer masuk kedai kita dan beli barang..

Tapi

Kalau dapat staff yang mulut jahat, aduhai..azab lah yg menanti kedai tu.

Mulut jahat melaga lagakan sesama staff, mulut jahat kutuk boss dgn jiran2 kedai, mulut jahat cerita buruk pasal customer..

Staff mulut jahat ni biasanya muka masam, pemalas dan kuat merungut dan membebel. Hari2 mesti ada komplen ttg staff mulut jahat ni. Pening kepala.

Saya pernah ada staff begini. Sales kedai saya teruk, staff bergaduh dan berhenti silih berganti. Nak buang staff ni alasan tak berapa kuat lah pulak. Tak kan nak pecat sebab mulut

Hari2 saya berdoa semoga staff saya ni berubah..

Akhirnya satu hari dia di tangkap curi duit sales. Nak tutup cerita supaya tak report polis, dia setuju berhenti dan potong gaji dia duit yg hilang tu..Azab saya tamat di situ..

Saya sebenarnya tak pernah risau ttg sales kedai RM2 ni, tak pernah risau ada customer atau tak. Sebab jual barang murah ni pasti ada sales punya..

Yg saya risau adalah staff dan karenah nya. Pening nak urus orang ni..Dapat staff yg byk karenah, untung byk pun tak guna..Hati tak senang..


1/12/2013

Be Businessman

Bismillah.
Pernah pergi pasar malam
Pernah ke up-town, tapak pesta, Pesta Convocation, tapak karnival etc.
Pernah tengok orang jual belon kanak2 seperti dalam gambar?


Anak2 uols pernah kan suruh uols belikan mereka belon ni? Belikan ke atau tak atau terpaksa. Alah, $5 jer satu, beli jer lah dari depa menjerit... kikiki
Agak2 berapa kos satu unit belon tu. 
Agak2 berapa banyak belon ni dibeli, dibawa dan di belonkan? 

Berapa ramai pula ibubapa penjaga membawa kanak2. Tu belum masuk rombongan sekolah tadika bagai.
Maybe perlu bayar sewa pada penganjur sahaja. Atau x perlu bayar!! Niaga secara rambo jer.. Kalau di pasar malam sekitar RM2.50 jer sewanya!! Lokasi pacak kena pandai.

Berapa kos seunit belon kosong ni? Sekitar RM2.00/sehelai. Kalau beli banyak lagi murah. 
Jual berapa? Sekitar RM6 – RM10/seunit. Ada juga yg menjual sekitar RM12 – RM18/seunit, bergantung saiz belon dan pada lokasi event.

Dimana nak beli/borong belon2 ni? 
Saya ada jual..hehehe (www.qparadigm.com.my)

Apa barang perkakas yg terlibat?
Gas, tali, belon dan besi pemberat..

Hujan boleh tak jual? Hujan pun org malas nak keluar bang/kak.. nanti u plak demam. Kalau KL hujan, pi Melaka jual.. 

Saya EXECUTIVE BANK merangkap Agent Insurans, malulah nak jual ini belon? Pakai topeng Zorro, stylo sikit. Pakai baju Zorro juga digalakkan. Menarik minat orang. Silap2 ada yg nak bergambar walaupun perut Zorro u buncit sikit. 

Saya perempuan tercantik, kulit mulus, malu nak jual. Tapi nak duit juga.. 
Cam comeel jer. 
Cam chanteeek jer…
U jadi tokey. Bantu adik beradik, anak2, sedara mara, sepupu sepapat nak business. Ambil untung atas angin dan terus cantik tanpa terjejas….

Perlukah saya berhenti kerja sekarang? Enggak perlu sister2/brother2.. Buat part time dulu. Dapat feel esok lusa, agak dah boleh ada RM200k nanti, buat lah keputusan sendiri. Part time kan dulu. Siang kerja juruteknik komputer, malam jual belon nih. 

Macam mana saya nak dapat RM1000/sehari? Pasang banyak kaki (orang). Boleh guna budak2 sebagai part timer. 1 unit belon terjual bagi dia RM2. Kalau dia dapat jual 100 unit, dia dah dapat RM200, u dapat RM400. Kalikan dengan berapa banyak part timer u nak letak. Contohnya, Putrajaya banyak event. U jadi tokey, jaga dan kawal budak. Silap2 kalau dah ok sok, boleh siap pakai walkie talkie dan bg budak pakai utk tahu perkembangan dan pemantauan. 

Pandai simpan wang, pasti maju. I percaya u akan jadi pemborong belon dan barang mainan dari China. Mainan dari sana manyak murah wooo… Barang mainan tak busuk. Tak macam jual ikan, sayur, daging ikan pari kembong selar bagai. 

Ingat, kanak-kanak membesar sebagai johan semakin ramai di Malaysia akibat perkahwinan di musim cuti sekolah yang mengakibatkan para catering tak cukup tangan memasak mengatur menyedia dibantu pula oleh pembekal khemah yang pasang tutup khemah setiap masa, disertai bersama jurugambar, mak andam, pelamin, baju dan Pak Imam juru nikah. Semua business dan putaran terlibat. 

So? Be Businessman.. Be like a GREAT Businessman



25/11/2013

Bila kita buka kedai RM2, kita kena sediakan barang untuk semua kaum. Bukan barang untuk orang Melayu sahaja jika kita orang Melayu. Owner kedai kena target customer semua kaum. Baru lah sales meletop letop..

Ini jual chopstick tak nak, jual mainan ada gambar babi tak nak, jual stokin krismas tak nak..

Mainan yang ada gambar babi contohnya, macam mana nak elak. Dah buat pun di China. Sana babi binatang ternakan biasa macam ayam yg mereka makan hari2. Jadi kalau ada kat mainan, apa boleh buat. Kilang sana tak keluarkan mainan design asing2 yg khas untuk customer orang Melayu. Lagi pun main mainan ada gambar babi tak kena samak pun. Cuma adat budaya orang Melayu jer tak suka babi sebab haram. Rokok haram tak per, boleh letak kat bibir hisap kuat2..pelik2. Jadi jual jer lah mainan tu untuk orang bukan Melayu. Mereka tak kisah pun..Owner kedai jer yg kisah sangat

Owner kedai RM2 kena sesuaikan dengan customer sekitar, kena pandai ambik hati customer dengan sediakan brg2 keperluan mereka.

Contoh satui lagi, kalau ada customner bangla, sediakan air botol gas botol besar. Mereka ni penjimat orangnya. Tak kan beli air tin tapi beli botol besar. Jadi carik lah air gas botol besar dan sediakan di kedai. Apa sahaja yang besar lah..

Customer2 kawasan felda pun sama. Suka barang yg murah dan besar. Sekali pun packing jer besar tapi barang nya kecik. Janji besar..

Bila beli barang secara pakej dengan kami, semua ini sudah dia ambil kira. Tapi jika ada barang mcm ni yg anda tak nak, boleh tukar. Tak de masalah..Saya bagi nasihat ikut pengalaman saya. Nak ikut atau tak nak ikut terpulang..hehehe



25/11/2013

Tentang bisnes Kedai RM2 & amalan :-

Bisnes Kedai RM2

1. kalau kita nak buat bisnes kedai RM2, tapi tidak ada modal, berjuta-juta, maka mulakan dengan modal yang ada di tangan dulu
2. kalau kita tunggu juga, alamatnya, idea bisnes kita tu akan diambil orang, kerana sampai ke sudah, kita hanya menyalahkan "tak cukup modal, macam mana nak mula bisnes"
3. ada iktibar dalam cerita kura-kura berlumba dengan arnab, antaranya ialah, walaupun perlahan, dengan konsisten kita akan berjaya
4. namun, apabila kita mulakan bisnes dan mula juga meraih keuntungan, jangan lupa menyimpan cash, kerana PELUANG akan datang tanpa kita duga, samada kita bersedia atau tidak
5. jadi, janganlah boros, sebaliknya berbelanja sekadarnya, tidak salah untuk meraikan kejayaan sekali sekala dengan berbelanja lebih,
6. namun, yang terjadi sebaliknya, sekali sekala dia tiada duit, kerana selalu berbelanja lebih

Amalan

1. kalau kita tidak mampu membuat amalan-amalan sunat, sekurang-kurangnya, jagalah amalan wajib
2. kalau tunggu menjadi pak syeikh baru nak jaga solat 5 waktu, bukan apa, kita takut, tidak sempat menjadi pak syeikh, kita dah gol
3. kumpulkan kekuatan dan semangat dengan menambah ilmu dan mendampingi orang-orang alim
4. jika kita percaya, ada jutawan senyap di kalangan kita, maka begitu juga dengan para wali, ada wali Allah, di kalangan kita. Antara tandanya adalah pada solat dan tutur katanya
5. Terkadang iman kita turun menikus, dan terkadang iman kita tinggi seperti helang yang terbang tinggi
6. dalam hal ini, suka saya berkongsi cara sahabat dan menantu Nabi, Ali r.a
7. apabila iman sedang tinggi, lakukan sebanyak-banyaknya amalan sunnah dan kebajikan
8. apabila iman sedang rendah, jagalah amalan wajib
Wallahua'lam

jika bermanfaat, diizinkan share.

Salam hari Isnin,
Semoga Allah berikan rezeki yang terbaik buat kita pada hari ini !

16/1/2014

Macam Mana Nak Bersaing Dengan Kedai RM2 C?

Ini soalan yang bagus,

Bila bisnes ini di mulakan oleh bangsa C, di monopoli oleh bangsa C sudah tentu kita perlukan kekuatan untuk bersaing dengan mereka.

Sebelum saya bagi tips2 macam mana untuk bersaing dengan mereka, izin kan saya terang kan satu perkara dulu pada anda.

Kedai RM2 bangsa C bermula dengan modal yang sangat besar. Modal barang sahaja untuk kedai satu pintu dalam RM100K. Kalau kedai tu 2 pintu, lagi lah besar modal mereka. Dari segi modal permulaaan sahaja kita dah kalah awal-awal.

Bukan semua taukey kedai C ni ada duit untuk bermula tapi mereka gunakan network bangsa mereka untuk membantu. Biasanya mereka hanya sediakan rak dan kedai, barang2 supplier akan letak secara consignment dalam 3 - 6 bulan. Jual dulu dan bayar kemudian. Kita tak kan dapat kemudahan seperti itu jika baru mula nak berniaga. Sebab tu kedai mereka penuh padat dengan barang.

Jadi apa strategi untuk kita bersaing dengan mereka. Baik, ini tips dari saya..

Daftar sini untuk info selanjutnya :


17/1/2014

Soalan : 

Sy nk mnta panduan atau tips berkenaan rate gaji pembantu kedai RM2

Keje dari kul 10pg - 8pm

Tugasan 
pagi buka kedai susun brg2 diluar 
mlm tutup kedai susun brg2 ke dlm kedai
ada juga kena sapu lantai,kemas brg2 lps customer belek2

Ok berapa ye nak bg gaji sebulan?cuti setiap ahad

terima kasih


Jawapan saya : 

Kos sebenar bukan utk mencari pekerja bergaji murah... kos sebenar adalah mencari pekerja yg jujur, rajin dan tidak meyakitkan hati customers... 

dan yg penting boleh membawa bisnes ke tahap baru sedikit demi sedikit setiap hari dgn memberikan servis dan layanan yg mesra kpd pelanggan...

kalau dapat yg bergaji murah rm500 sebulan pun... (bawah gaji minima..)

- hari2 main sms & instagram & wassap & facebook 
- customer datang buat tak layan... siap paling ke belakang sambil telepon pakwe...
- customer nak cari barang pun malas nak layan terus cakap tak ada stok..
- dan paling teruk sekali suka curi barang2 stok kedai sikit2 setiap hari...

ada guna ke pekerja mcm ni?

=======

saya tahu susah nak cari pekerja yg ringan tulang dan bertanggungjawab...

tapi saya merasakan perlu satu basic yg agak kecil sedikit ditambah dgn komisen jika berjaya membuat sale sekian2 target setiap bulan.

pastikan bila totalkan semuanya... akan jadi sekitar minima rm900 kalau malas dan sekitar maxima rm1500 kalau rajin dan bisnes maju. 



About Us

Pemborong Serbaneka RM2, Pemborong Mainan RM2 dan
Display & Storage System

Contact Us

Latitude/ Longitude
2.75009,101.966454

  • 70400
    Malaysia